Saturday, July 17, 2010

Selesai satu kerja....

Kem Menuju Skor A telah selesai pada petang Khamis (15 Julai 2010) yang lalu... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar walaupun terdapat peristiwa yang begitu menggemparkan... Ceramah yang dibahagikan kepada 4 sesi begitu bermanfaat sekali... Mudah-mudahan pelajar juga dapat mengaplikasikan segala yang dipelajari tu apabila duduk di dewan peperiksaan nanti... Kebanyakan pelajar berpuas hati terutama semasa sesi 1, 2 dan 4... Sesi 3 kurang mendapat perhatian kerana masing-masing begitu mengantuk setelah tidak dapat tidur pada sebelah malam.. Selain daripada insiden yang tidak dijangka itu, masalah persekitaran dan keadaan bilik yang panas mengganggu diri mereka... Apa lagi bila keadaan dewan ceramah yang disediakan tidaklah begitu luas tetapi pesertanya begitu ramai sehingga tidak dapat menampung kapasiti 'aircond' yang disediakan.. begitu juga dengan bahang LCD yang menyebabkan pelajar yang duduk berdekatan dengan alat tersebut tidak begitu selesa... Bagi saya, secara peribadi kurang bersetuju dengan penyediaan tempat.. risiko terlalu tinggi .. mungkin kita boleh fikirkan tempat lain yang lebih selamat dan selesa... Kem sebegini begitu bernilai apabila dapat memberikan impak seperti mana yang kita semua harap-harapkan.... Mungkin kita boleh fikirkan lagi tempat baru untuk kem2 seperti ini pada masa akan datang. Insya Allah... Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan... Semoga peristiwa yang berlaku itu memberi iktibar kepada kita semua... wallahua'lam..

Saturday, July 10, 2010

lagi berita tentang program peningkatan prestasi pelajar

Selesai sahaja kem bahasa di Tanjung Piai, satu lagi program peningkatan prestasi pelajar bagi mata pelajaran bahasa Melayu SPM tahun 2010 ialah Seminar A-Plus(A+) yang akan diadakan di Dewan Kuliah 7, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 31 Julai 2010 (Sabtu). Pendaftaran akan bermula pada pukul 8.00-9.00 pagi. Seminar yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Akademik, PPD Pontian dengan kerjasama MGC Pontian ini diharap dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam Peperiksaan SPM Tahun 2010 dan meningkatkan bilangan calon gred A . Kali ini penyertaan lebih ramai kerana setiap sekolah disarankan menghantar 40 orang peserta bagi menjayakannya.. Bayaran pula sebanyak RM35.00 seorang .
Apa yang membanggakan ialah sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pelajar sehingga terpaksa menggugurkan beberapa nama. Hal ini terpaksa dilakukan kerana hanya sebuah bas sahaja yang akan membawa mereka ke sana. Diharapkan seminar ini juga akan memberikan banyak manfaat kepada mereka kerana penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang tetapi merupakan individu yang begitu banyak pengalaman dan pengetahuannya. Beliau ialah En.Mohd Noor bin Abdullah, Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Johor.
Semoga matlamat seminar ini diadakan akan mencapai sasarannya...Insya Allah..
Kita jumpa lagi untuk berkongsi cerita dan berita pada masa akan datang..

berita terkini...

Hampir 6 bulan tidak membuka blog ni... apa agaknya cerita kawan2 yg lain...
Berita terkini yg ingin dikongsikan bersama adalah tentang Kem Menuju Skor A Bahasa Melayu SPM yang akan diadakan di Tanjung Piai Resort, Kukup pada 14-15 Julai depan.. tak lama je lagi.. Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 16 orang peserta. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 iaitu termasuk penginapan, makan minum, penceramah , pengurusan dan bahan2 yang akan diedarkan nanti.. Kem ini akan diurus selia oleh JKD Panitia Bahasa Melayu Daerah Pontian dengan kerjasama MGC Pontian... Penceramah yang dijemput tak lain tak bukan ialah En.Ramli Yahya, GC Bahasa Melayu dari Batu Pahat dan juga merupakan 'orang kuat' MGC Negeri Johor. Mudah-mudahan kem ini akan dapat berjalan dengan lancar dan semua pelajar yang menyertainya bakal mendapat manfaatnya...Insya Allah..
Saya akan bertugas sebagai fasilitator untuk slot 3 pada pagi hari Khamis.. Juga bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan dokumentasi sebagai memenuhi tanggungjawab dalam MGC Pontian...

Sunday, January 24, 2010

Minggu sibuk...

Salam kepada semua rakan yang melayari blog saya ini.. dah 5 minggu tak menulis apa-apa di laman blog ni...3 minggu pertama persekolahan ni sibuk betul..dengan nak menyiapkan SMTAG, membuat minit mesyuarat kurikulum, menghadiri meeting , bukan 1 tapi semua meeting yang berkaitan akademik dan koku..tiba-tiba dapat lagi satu kerja iaitu menyemak semua SMTAG cikgu-cikgu yang perlu lengkap 42 minggu.. Semua ujian, peperiksaan dan jumlah minggu P&P mesti selaras... belum masuk bab sukan..latihan rumah setiap minggu sekurang-kurangnya 2x. Cuaca pula tidak menentu. Minggu lepas 2x latihan, hujan turun tiba-tiba... itulah kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi...Pengorbanan perlu dilakukan...tanggungjawab perlu dilaksanakan... Itulah tugas kita sebagai insan bergelar GURU.. Baiklah, saya berhenti dahulu kali ini.. semoga berjumpa lagi pada lain masa...

Sunday, December 13, 2009

cerita masa cuti

Salam.. apa khabar semua rakan yang sedang melayari laman blog saya ini... semoga semuanya sihat dan gembira bersama keluarga kerana dapat bercuti panjang. Bagi saya, cuti atau tidak sama sahaja... maklumlah, suami lain bidang dengan kita... 5 / 6 hari dia bekerja, sebulan 2x ada kelas (Sabtu & Ahad)..Jadi, tinggallah saya dan anak-anak di rumah.. melayan mereka dari pagi, petang sampailah malam. Penat? jangan ceritalah.... Kadang-kadang terlintas di fikiran saya, bagaimana agaknya wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa tu ya? tentu penat, maklumlah kena fikirkan banyak perkara. Menjaga anak-anak, memasak, membasuh, menyidai hinggalah melipat kain, mengemas rumah dan sebagainya... termasuklah nak melayan suami yang balik kerja tu... kalau itulah situasinya wanita yang tidak bekerja, bagaimana pula dengan wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama terpaksa memikul tanggungjawab yang saya sebutkan tadi......? tentu berganda penatnya.. kalau ada pembantu mungkin tidaklah begitu penat.. Jadi moralnya, wahai suami yang mempunyai isteri bekerjaya tetapi tiada pembantu rumah, bersyukurlah jika rumah masih lagi terjaga, anak masih lagi diberi makan dan kain baju masih ada lagi untuk dipakai setiap hari kerana anda sepatutnya bersama-sama melalui susah senang itu bersama-sama... Sememangnya, jika sudah berjanji untuk bersama, mengapa hal yang begitu remeh perlu diperbesar.. jika sudah berjanji untuk hidup bersama, maka bersedialah dengan tanggung jawab yang perlu dipikul... bukan hidup macam orang bujang..

Wah! panjangnya cerita, bukan untuk mendabik dada tetapi itulah hakikat yang perlu saya pikul setiap hari.. kerja, kerja dan terus bekerja..sama ada di sekolah atau di rumah.. namun, saya sangat bersyukur kerana suami memahami situasi tersebut.. dia tahu saya penat.. bila dah penat, apa lagi..beli ajelah makanan di luar... dapur kiri kanan depan belakang ada.. ha..ha..ha . Bersyukur juga kerana dia tidak pernah memaksa... Alhamdulillah... Cuma kadang-kadang kasihan kepada anak-anak...suka mama yang masak... sedap katanya..wal hal tidaklah sesedap mana... pandai pula mereka memuji...tapi pujian mereka menyebabkan perasaan penat tu hilang dan nak tak nak..masak ajelah apa yang patut... asalkan mereka gembira...

Bercerita pasal cuti ni lagi, bagi saya yang sudah biasa bekerja ni kadang-kadang timbul rasa bosan juga apabila sudah lama tidak bekerja... rindu gak kat kawan-kawan... Untuk hilangkan rasa bosan tu bacalah novel baru untuk komsas tingkatan 4 tahun hadapan karya Hartini Hamzah..belum lagi habis baca... Selain itu, suami gatal pula ajar buat Facebook.. apa lagi!!!!! dah macam berhantu lah pula.... asyik nak buka FB je setiap hari..manalah tau ada rakan lama yang add untuk join mereka. Yang baiknya, rakan-rakan lama di universiti dulu dapat dihubungi kembali sedangkan sebelum ini tak tau apa cerita... bila dah layari, barulah tau ramai juga rakan guru di SMKPN yang dah lama ada FB mereka masing-masing... suka betul.... keburukannya, bila dah layari tu, susah pula nak berhenti... macam digam. Walau bagaimanapun, kita kena pandai bahagikan masa.. ingat tanggungjawab yang ada tu... namun kita juga mesti sentiasa mengikuti perkembangan zaman kerana murid-murid kita sentiasa ke hadapan. Kita tahu 1 , mereka tahu 10... ha, jangan terperanjat...
Oklah, banyak sangat songel kali ni..saja nak memenuhi masa terluang dan menghilangkan rasa bosan. Jumpa lagi di lain kali....Adios!

Monday, September 7, 2009

SMTAG

Salam untuk semua rakan... Kita cerita pasal SMTAG ( Standart Minimum Tugas Akademik Guru)...Esok saya akan ke PKG Benut untuk menyiapkan tugasan SMTAG yang masih tertangguh.... Sebenarnya dah lama siap... tertunggu-tunggu juga bila guru-guru yang membuat tugasan bagi menengah atas akan dipanggil kerana guru sekolah rendah dan menengah rendah telah lama membuat pembentangan di Mersing ... Nak tahu juga , betul ke tidak apa yang telah dibuat... mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan tugasan yang dibuat tersebut boleh digunakan oleh para guru yang lain.. Jadi, kita tunggu esok..apa ceritanya.... jumpa lagi.. Adios

Thursday, August 27, 2009

Selamat Berpuasa...

Assalamualaikum buat semua dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Hari ini genap 1 bulan saya tidak menulis di laman blog ini... Kekangan masa dan tugasan di rumah menyebabkan aktiviti ini tergendala sebentar. Lebih-lebih lagi pada masa bulan puasa ini tentu sekali letih dan rasa mengantuk saja. Cerita pasal mengantuk ni , teringat masa 2-3 hari sebelum menduduki PTK semalam. Asal baca buku , terlelap... asal buka je terlelap... kenapa lah payah sangat nak masuk ilmu ni... macam mana nak lepas TK2 ni.. Ha... baru tau masa menjawab peperiksaan tu semalam.. banyak yang keliru.. dalam kepala dah macam-macam diingat. Kertas khusus macam dah 'kirim salam' je.. padan muka... ni lah bahana kalau belajar saat-saat akhir.. Kertas Umum nampak macam mudah, tapi bila semak-semak balik ada juga yang salah. Hai.... berserah aje lah... Sebenarnya saja-saja aje ambil PTK kali ni.. sementara menunggu pengesahan untuk mendapat gred hakiki DG44 saya masih berpeluang untuk menduduki PTK - TK2 bagi gred DG41..Almaklumlah, namanya pun MEMANGKU.. belum tentu lagi disahkan menjawat jawatan GC DG44. Bila-bila masa boleh ditarik balik... Mudah-mudahan tidak lah...
Sepanjang tidak terlibat dengan aktiviti GC daerah , saya merancang untuk menjalankan Program Kasih di sekolah sendiri. Taklimat bersama pengetua dan guru-guru BM tingkatan 4 & 5 telah dibuat pada 21 Ogos lalu susulan mesyuarat beliau dengan pihak JPN berkait dengan sekolah yang mendapat peratus kelulusan bawah 65%. Pengetua bagi 4 buah sekolah di daerah Pontian telah dipanggil untuk membincangkan masalah ini termasuklah sekolah kami. Oleh sebab itu, beliau meminta kami untuk memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut dan mengharapkan kerjasama daripada GC untuk menjalankan tugas tersebut. Saya menyarankan agar setiap kelas di bahagi kepada 3 kumpulan pelajar pelbagai kebolehan iaitu baik, sederhana dan lemah. Kumpulan-kumpulan ini akan dibantu juga oleh guru-guru BM yang lain semasa aktiviti dijalankan. Kami lebih menekankan kepada pendekatan rapat dengan pelajar supaya penerangan dan penjelasan tentang sesuatu masalah lebih mudah diselesaikan dan pelajar berasa lebih dekat dengan guru. Secara tidak langsung, tumpuan akan terus kami berikan kepada pelajar yang menghadapi masalah. Sememangnya pelajar-pelajar saya inginkan tumpuan yang lebih daripada setiap guru. Mereka inginkan perhatian dan berasakan bahawa mereka lebih mudah untuk meluahkan masalah dan bertanya tentang sesuatu perkara yang mereka tidak tahu dan kurang pasti apabila berhadapan dengan guru secara dekat, bukan di hadapan rakan-rakan sewaktu P&P di dalam kelas. Oleh itu, saya berasakan tanggungjawab ini harus saya pikul sebaik-baiknya agar prestasi mereka dalam subjek BM akan meningkat. Insya Allah... Saya sangat mengharapkan kerjasama daripada rakan-rakan lain kerana matlamat ini tidak akan tercapai jika saya seorang sahaja yang melakukannya. Setiap guru ada kelebihan masing-masing dan perlu menunjukkan potensi diri. Harapan saya kepada para pelajar agar mereka juga berusaha dengan lebih gigih dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa aktiviti dijalankan nanti... Naik cuti nanti mereka akan menduduki peperiksaan percubaan SPM lebih kurang 2 minggu.. Aktiviti yang dirancang akan terus dijalankan sebaik sahaja kami mendapat keputusan peperiksaan mereka nanti.. Semoga apa yang dirancangkan menjadi..
Rasanya cukup untuk kali ini... Ucapan untuk semua guru di mana sahaja berada semoga dapat menjalani ibadah puasa ini dengan baik dan sempurna...Tak lupa juga untuk meningkatkan prestasi pelajar masing-masing agar daerah Pontian tidak lagi berada di bawah.... Jumpa lagi lain kali...