Sunday, November 21, 2010

Peperiksaan SPM 2010

Pada 23 November 2010, peperiksaan SPM akan bermula.. Pelajar-pelajar akan berhadapan dengan kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dahulu.. diikuti oleh Pendidikan Seni Visual 1 (objektif) dan pada sebelah petangnya pula, Bahasa Melayu Kertas 2... Ingatan kepada para pelajar, kertas Bahasa Melayu merupakan penentu kejayaan mereka. Pelajar perlu lulus kertas ini bagi memperoleh sijil SPM.. dan untuk makluman serta ingatan juga, tahun 2010 adalah merupakan tahun akhir silibus komsas Antologi Anak Laut & Kerusi serta novel Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan. Oleh itu, buat yang terbaik ..semoga dipermudahkan semasa menjawab. Ingat segala teknik dan isi pelajaran yang telah dipelajari... Moga-moga dilapangkan dada, diterangkan hati, dan dibukakan minda.. Biarlah orang tua kita menangis kerana gembira melihat kejayaan kita, jangan biarkan mereka menangis kerana kegagalan kita. Setiap manusia diberikan akal untuk berfikir., setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil..
Teruskan perjuangan , semoga kita bertemu di puncak kejayaan. Adios...

Friday, November 19, 2010

Cuti Akhir Penggal bermula...

Bermula 20 November hingga 2 Januari merupakan cuti penggal akhir persekolahan . Diharap semua pelajar tidak lupa untuk membuka dan menyelak buku-buku yang telah diedarkan sebelum cuti...Jangan banyak bermain sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Perjalanan masih jauh, sekali kita lupa, kita lalai , kita akan jatuh tersungkur...

Sunday, October 17, 2010

Kursus Pemantapan Pedagogi

Bermula esok, 18 Oktober 2010 hingga 20 Oktober bertempat di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru , akan berlangsung satu kursus anjuran JPN Johor iaitu Kursus Pemantapan Pedagogi Berkesan Sekolah Menengah dalam Program MBMMBI . Seramai 34 orang peserta dari seluruh negeri Johor terpilih untuk mengikuti kursus ini. Mudah-mudahan kursus ini akan dapat memberi impak positif demi memartabatkan bahasa Melayu. Pendaftaran akan bermula pada jam 12.oo tengah hari dan taklimat bermula 2.00 petang. Apa yang berlaku dalam kursus tersebut, kita tunggu dulu... Adios...

Saturday, July 17, 2010

Selesai satu kerja....

Kem Menuju Skor A telah selesai pada petang Khamis (15 Julai 2010) yang lalu... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar walaupun terdapat peristiwa yang begitu menggemparkan... Ceramah yang dibahagikan kepada 4 sesi begitu bermanfaat sekali... Mudah-mudahan pelajar juga dapat mengaplikasikan segala yang dipelajari tu apabila duduk di dewan peperiksaan nanti... Kebanyakan pelajar berpuas hati terutama semasa sesi 1, 2 dan 4... Sesi 3 kurang mendapat perhatian kerana masing-masing begitu mengantuk setelah tidak dapat tidur pada sebelah malam.. Selain daripada insiden yang tidak dijangka itu, masalah persekitaran dan keadaan bilik yang panas mengganggu diri mereka... Apa lagi bila keadaan dewan ceramah yang disediakan tidaklah begitu luas tetapi pesertanya begitu ramai sehingga tidak dapat menampung kapasiti 'aircond' yang disediakan.. begitu juga dengan bahang LCD yang menyebabkan pelajar yang duduk berdekatan dengan alat tersebut tidak begitu selesa... Bagi saya, secara peribadi kurang bersetuju dengan penyediaan tempat.. risiko terlalu tinggi .. mungkin kita boleh fikirkan tempat lain yang lebih selamat dan selesa... Kem sebegini begitu bernilai apabila dapat memberikan impak seperti mana yang kita semua harap-harapkan.... Mungkin kita boleh fikirkan lagi tempat baru untuk kem2 seperti ini pada masa akan datang. Insya Allah... Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan... Semoga peristiwa yang berlaku itu memberi iktibar kepada kita semua... wallahua'lam..

Saturday, July 10, 2010

lagi berita tentang program peningkatan prestasi pelajar

Selesai sahaja kem bahasa di Tanjung Piai, satu lagi program peningkatan prestasi pelajar bagi mata pelajaran bahasa Melayu SPM tahun 2010 ialah Seminar A-Plus(A+) yang akan diadakan di Dewan Kuliah 7, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 31 Julai 2010 (Sabtu). Pendaftaran akan bermula pada pukul 8.00-9.00 pagi. Seminar yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Akademik, PPD Pontian dengan kerjasama MGC Pontian ini diharap dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam Peperiksaan SPM Tahun 2010 dan meningkatkan bilangan calon gred A . Kali ini penyertaan lebih ramai kerana setiap sekolah disarankan menghantar 40 orang peserta bagi menjayakannya.. Bayaran pula sebanyak RM35.00 seorang .
Apa yang membanggakan ialah sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pelajar sehingga terpaksa menggugurkan beberapa nama. Hal ini terpaksa dilakukan kerana hanya sebuah bas sahaja yang akan membawa mereka ke sana. Diharapkan seminar ini juga akan memberikan banyak manfaat kepada mereka kerana penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang tetapi merupakan individu yang begitu banyak pengalaman dan pengetahuannya. Beliau ialah En.Mohd Noor bin Abdullah, Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Johor.
Semoga matlamat seminar ini diadakan akan mencapai sasarannya...Insya Allah..
Kita jumpa lagi untuk berkongsi cerita dan berita pada masa akan datang..

berita terkini...

Hampir 6 bulan tidak membuka blog ni... apa agaknya cerita kawan2 yg lain...
Berita terkini yg ingin dikongsikan bersama adalah tentang Kem Menuju Skor A Bahasa Melayu SPM yang akan diadakan di Tanjung Piai Resort, Kukup pada 14-15 Julai depan.. tak lama je lagi.. Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 16 orang peserta. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 iaitu termasuk penginapan, makan minum, penceramah , pengurusan dan bahan2 yang akan diedarkan nanti.. Kem ini akan diurus selia oleh JKD Panitia Bahasa Melayu Daerah Pontian dengan kerjasama MGC Pontian... Penceramah yang dijemput tak lain tak bukan ialah En.Ramli Yahya, GC Bahasa Melayu dari Batu Pahat dan juga merupakan 'orang kuat' MGC Negeri Johor. Mudah-mudahan kem ini akan dapat berjalan dengan lancar dan semua pelajar yang menyertainya bakal mendapat manfaatnya...Insya Allah..
Saya akan bertugas sebagai fasilitator untuk slot 3 pada pagi hari Khamis.. Juga bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan dokumentasi sebagai memenuhi tanggungjawab dalam MGC Pontian...

Sunday, January 24, 2010

Minggu sibuk...

Salam kepada semua rakan yang melayari blog saya ini.. dah 5 minggu tak menulis apa-apa di laman blog ni...3 minggu pertama persekolahan ni sibuk betul..dengan nak menyiapkan SMTAG, membuat minit mesyuarat kurikulum, menghadiri meeting , bukan 1 tapi semua meeting yang berkaitan akademik dan koku..tiba-tiba dapat lagi satu kerja iaitu menyemak semua SMTAG cikgu-cikgu yang perlu lengkap 42 minggu.. Semua ujian, peperiksaan dan jumlah minggu P&P mesti selaras... belum masuk bab sukan..latihan rumah setiap minggu sekurang-kurangnya 2x. Cuaca pula tidak menentu. Minggu lepas 2x latihan, hujan turun tiba-tiba... itulah kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi...Pengorbanan perlu dilakukan...tanggungjawab perlu dilaksanakan... Itulah tugas kita sebagai insan bergelar GURU.. Baiklah, saya berhenti dahulu kali ini.. semoga berjumpa lagi pada lain masa...