Saturday, July 17, 2010

Selesai satu kerja....

Kem Menuju Skor A telah selesai pada petang Khamis (15 Julai 2010) yang lalu... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar walaupun terdapat peristiwa yang begitu menggemparkan... Ceramah yang dibahagikan kepada 4 sesi begitu bermanfaat sekali... Mudah-mudahan pelajar juga dapat mengaplikasikan segala yang dipelajari tu apabila duduk di dewan peperiksaan nanti... Kebanyakan pelajar berpuas hati terutama semasa sesi 1, 2 dan 4... Sesi 3 kurang mendapat perhatian kerana masing-masing begitu mengantuk setelah tidak dapat tidur pada sebelah malam.. Selain daripada insiden yang tidak dijangka itu, masalah persekitaran dan keadaan bilik yang panas mengganggu diri mereka... Apa lagi bila keadaan dewan ceramah yang disediakan tidaklah begitu luas tetapi pesertanya begitu ramai sehingga tidak dapat menampung kapasiti 'aircond' yang disediakan.. begitu juga dengan bahang LCD yang menyebabkan pelajar yang duduk berdekatan dengan alat tersebut tidak begitu selesa... Bagi saya, secara peribadi kurang bersetuju dengan penyediaan tempat.. risiko terlalu tinggi .. mungkin kita boleh fikirkan tempat lain yang lebih selamat dan selesa... Kem sebegini begitu bernilai apabila dapat memberikan impak seperti mana yang kita semua harap-harapkan.... Mungkin kita boleh fikirkan lagi tempat baru untuk kem2 seperti ini pada masa akan datang. Insya Allah... Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan... Semoga peristiwa yang berlaku itu memberi iktibar kepada kita semua... wallahua'lam..

Saturday, July 10, 2010

lagi berita tentang program peningkatan prestasi pelajar

Selesai sahaja kem bahasa di Tanjung Piai, satu lagi program peningkatan prestasi pelajar bagi mata pelajaran bahasa Melayu SPM tahun 2010 ialah Seminar A-Plus(A+) yang akan diadakan di Dewan Kuliah 7, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 31 Julai 2010 (Sabtu). Pendaftaran akan bermula pada pukul 8.00-9.00 pagi. Seminar yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Akademik, PPD Pontian dengan kerjasama MGC Pontian ini diharap dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam Peperiksaan SPM Tahun 2010 dan meningkatkan bilangan calon gred A . Kali ini penyertaan lebih ramai kerana setiap sekolah disarankan menghantar 40 orang peserta bagi menjayakannya.. Bayaran pula sebanyak RM35.00 seorang .
Apa yang membanggakan ialah sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pelajar sehingga terpaksa menggugurkan beberapa nama. Hal ini terpaksa dilakukan kerana hanya sebuah bas sahaja yang akan membawa mereka ke sana. Diharapkan seminar ini juga akan memberikan banyak manfaat kepada mereka kerana penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang tetapi merupakan individu yang begitu banyak pengalaman dan pengetahuannya. Beliau ialah En.Mohd Noor bin Abdullah, Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Johor.
Semoga matlamat seminar ini diadakan akan mencapai sasarannya...Insya Allah..
Kita jumpa lagi untuk berkongsi cerita dan berita pada masa akan datang..

berita terkini...

Hampir 6 bulan tidak membuka blog ni... apa agaknya cerita kawan2 yg lain...
Berita terkini yg ingin dikongsikan bersama adalah tentang Kem Menuju Skor A Bahasa Melayu SPM yang akan diadakan di Tanjung Piai Resort, Kukup pada 14-15 Julai depan.. tak lama je lagi.. Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 16 orang peserta. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 iaitu termasuk penginapan, makan minum, penceramah , pengurusan dan bahan2 yang akan diedarkan nanti.. Kem ini akan diurus selia oleh JKD Panitia Bahasa Melayu Daerah Pontian dengan kerjasama MGC Pontian... Penceramah yang dijemput tak lain tak bukan ialah En.Ramli Yahya, GC Bahasa Melayu dari Batu Pahat dan juga merupakan 'orang kuat' MGC Negeri Johor. Mudah-mudahan kem ini akan dapat berjalan dengan lancar dan semua pelajar yang menyertainya bakal mendapat manfaatnya...Insya Allah..
Saya akan bertugas sebagai fasilitator untuk slot 3 pada pagi hari Khamis.. Juga bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan dokumentasi sebagai memenuhi tanggungjawab dalam MGC Pontian...