Saturday, July 10, 2010

lagi berita tentang program peningkatan prestasi pelajar

Selesai sahaja kem bahasa di Tanjung Piai, satu lagi program peningkatan prestasi pelajar bagi mata pelajaran bahasa Melayu SPM tahun 2010 ialah Seminar A-Plus(A+) yang akan diadakan di Dewan Kuliah 7, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 31 Julai 2010 (Sabtu). Pendaftaran akan bermula pada pukul 8.00-9.00 pagi. Seminar yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Akademik, PPD Pontian dengan kerjasama MGC Pontian ini diharap dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam Peperiksaan SPM Tahun 2010 dan meningkatkan bilangan calon gred A . Kali ini penyertaan lebih ramai kerana setiap sekolah disarankan menghantar 40 orang peserta bagi menjayakannya.. Bayaran pula sebanyak RM35.00 seorang .
Apa yang membanggakan ialah sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pelajar sehingga terpaksa menggugurkan beberapa nama. Hal ini terpaksa dilakukan kerana hanya sebuah bas sahaja yang akan membawa mereka ke sana. Diharapkan seminar ini juga akan memberikan banyak manfaat kepada mereka kerana penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang tetapi merupakan individu yang begitu banyak pengalaman dan pengetahuannya. Beliau ialah En.Mohd Noor bin Abdullah, Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Johor.
Semoga matlamat seminar ini diadakan akan mencapai sasarannya...Insya Allah..
Kita jumpa lagi untuk berkongsi cerita dan berita pada masa akan datang..

No comments:

Post a Comment