Tuesday, July 28, 2009

apa cerita??????/

Lamanya tak menulis di laman blog ni... Rindu rasanya untuk berjumpa dengan rakan-rakan .. Banyak cerita dan berita yang ingin dikongsi bersama. Perjumpaan dengan GC yang lain pun dah lama tak dapat diikuti.. bukan tak mahu hadir mesyuarat yang diadakan pada 16 Julai yang lalu, tetapi saya terlibat dengan mesyuarat profesionalisme penanda baru SPM 2009 bagi kertas Bahasa Melayu. Orang lain dah lama sibuk menanda, saya baru terkial-kial nak cuba menanda tahun ni. Banyak sangat ilmu yang diperoleh sepanjang berkampung selama 4 hari di Hotel Katerina, Batu Pahat bermula 13 Julai hingga 16 Julai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada fasilitator dari Lembaga Peperiksaan Malaysia terutama En.Samsu Yaacob. Semoga ilmu yang saya peroleh akan dimanfaatkan bersama-sama. Kalau bukan sebagai penanda sebenar pun ilmu tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid kita nanti. Cuma saya agak terkilan kerana tidak dapat menanda kertas 2 iaitu kertas favourite saya. Namun begitu, saya bersyukur kerana mendapat banyak ilmu pengetahuan berkaitan subjek bahasa Melayu amnya dan penandaan kertas 1 khasnya.. Harapan saya semoga ilmu itu dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain pula nanti. Macam mana roadshow yang dirancangkan? Modul yang telah dibina awal bulan Julai lalu perlu dipanjang-panjangkan kepada guru-guru bukan opsyen dan guru yang telah berkhidmat kurang dari 5 tahun. Semoga tugasan yang diamanahkan dapat direalisasikan dengan jayanya. Insya Allah..

Thursday, July 2, 2009

tugas baru...

Hari ini satu pertemuan antara GC Bahasa Melayu Negeri Johor telah diadakan di SMK Taman Universiti..Kami berkumpul untuk membina satu modul P&P berkesan khusus kepada guru-guru bm yang mengajar kurang dari 5 tahun. Banyak ilmu yang telah dikongsi bersama dengan GC daerah lain terutama kak Arfah, kak Aisyah, kak Nurani, Suleha dan beberapa orang guru lelaki yang lain.. Agak terkilan juga kerana pada minggu lepas saya tidak dapat bersama-sama mereka untuk pembahagian tugas.. kiranya datang pada hari ini kena 'denda' lah.. Bukan tidak mahu datang pada minggu lalu tetapi disebabkan tiada surat panggilan mesyuarat dan panggilan telefon lambat diterima maka tugas tersebut tidak dapat dilaksanakan... Hari ni kena beri 'hati' sikit... lap top kepunyaan perlu berkhidmat untuk melancarkan aktiviti pembentangan dan menghapuskan virus-virus yang telah "diternak" sebelum ni... Ha..ha..ha... memangggg penternak berjaya.... nasib baik ada penyelamat... kira bersyukur sangat datang pada hari ini untuk bersama-sama rakan GC lain untuk satu majlis perkongsian ilmu.. Lepas ni dah kena berlatih untuk memberi ceramah di daerah Pontian untuk mata pelajaran Bahasa Melayu PMR. Apa agaknya yang terjadi pada tarikh 13- 17 Julai nanti.... kita tungguuuuu dan lihat ajelah.... Moga-moga pembentangan tersebut akan berjalan dengan lancar.. Insya Allah...