Tuesday, July 28, 2009

apa cerita??????/

Lamanya tak menulis di laman blog ni... Rindu rasanya untuk berjumpa dengan rakan-rakan .. Banyak cerita dan berita yang ingin dikongsi bersama. Perjumpaan dengan GC yang lain pun dah lama tak dapat diikuti.. bukan tak mahu hadir mesyuarat yang diadakan pada 16 Julai yang lalu, tetapi saya terlibat dengan mesyuarat profesionalisme penanda baru SPM 2009 bagi kertas Bahasa Melayu. Orang lain dah lama sibuk menanda, saya baru terkial-kial nak cuba menanda tahun ni. Banyak sangat ilmu yang diperoleh sepanjang berkampung selama 4 hari di Hotel Katerina, Batu Pahat bermula 13 Julai hingga 16 Julai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada fasilitator dari Lembaga Peperiksaan Malaysia terutama En.Samsu Yaacob. Semoga ilmu yang saya peroleh akan dimanfaatkan bersama-sama. Kalau bukan sebagai penanda sebenar pun ilmu tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid kita nanti. Cuma saya agak terkilan kerana tidak dapat menanda kertas 2 iaitu kertas favourite saya. Namun begitu, saya bersyukur kerana mendapat banyak ilmu pengetahuan berkaitan subjek bahasa Melayu amnya dan penandaan kertas 1 khasnya.. Harapan saya semoga ilmu itu dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain pula nanti. Macam mana roadshow yang dirancangkan? Modul yang telah dibina awal bulan Julai lalu perlu dipanjang-panjangkan kepada guru-guru bukan opsyen dan guru yang telah berkhidmat kurang dari 5 tahun. Semoga tugasan yang diamanahkan dapat direalisasikan dengan jayanya. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment